Nama : Encik Abu Bakar
Tempat : MARDI Bintulu Sarawak
Penglibatan : Imanina , Kristal , Asikin , Nell
PENGENALAN
- Mardi iaitu sebuah badan berkanun yang menjalankan penyelidikan makanan dan pertanian serta asas tani.
- Antara maklumat ynag kami perolehi adalah, maklumat tentang makanan ternakan yang diperuntukan oleh MARDI.
- Kambing merupakan sejenis haiwan ruminant, makanan utama kambing iaitu foraj (rumput dan dedaun).
- Rumput dan dedaun itu mestilah berkualiti. Seekor kambing memerlukan 10% dari berat badannya makanan sehari berat basah atau 2.5 – 30 % berat kering.
- Contohnya kambing seberat 30kg memerlukan 3kg rumput segar sehari.
- Jika kualiti rumput yang diberi tidak menepati keperluan kambing, makanan tambahan seperti konsentrat perlu diberi.
- Jenis-jenis foraj yang sesuai untuk kambing iaitu
- rumput Napier]
- rumput Guatemala
- rumput bracharia
- rumput setaria dan daun-daun berprotein tinggi seperti petai belalang.
- Cara pemberian foraj dengan memotong foraj hingga halus secara manual atau dengan mesin.
- Jika memotong foraj dengan halus kambing akan memakan daun dan batang sekali tanpa memilih.
- Foraj juga boleh diberi tanpa potong asalkan rumput tidak jatuh keatas lantai dan tidak dipijak oleh ternakan.
- Seterusnya lembu, lembu juga merupakan haiwan ruminant. Cara pemakanan lembu juga tidak jauh beza dengan cara pemakanan kambing.
- Di samping itu juga , makanan yang diberi kepada ternakan mengandungi beberapa peratus jagung. Jagung memberi ternakan banyak protein.
- Jagung memberi banyak kegunaan kepada ternakan iaitu antaranya dalam penjimatan kos.
- Silaj boleh dibuat menggunakan jerami padi, batang jagung dan pelepah kelapa sawit.
No comments:
Post a Comment