SESI TEMUBUAL BERSAMA AGROBANK

BIODATA

Nama            :   Khairul Nijam
Jawatan         :    Pembiayaan Peribadi
Tempat          :    Agrobank Bintulu Sarawak
Penglibatan   :    Imanina , Asikin , Kristal , Nell


                                            



PENGENALAN

  • Skim Belia Niaga (SBN), Skim Belia Tani-I (SBT) Agrobank terbuka kepada belia yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagtaan dalam sektor pertanian dan industri asas tani.

Misi 
  • Menyediakan secara menyeluruh pelbagai  perkhidmatan kewangan dan kemudahan perbankan dengan memberi tumpuan kepada sektor pertanian.
  • Mendedikasikan keutamaan untuk keperluan pelanggan dengan menyediakan produk yang menarik dan perkhidmatan seperti aktiviti simpanan, perkhidmatan perbankan, takaful, pembiayaan dan khidmat nasihat. 
  • Kesinambungan daripada bekas Bank Pertanian Malaysia yang mempunyai 40 tahun pengalaman dalam perbankan pertanian dan rekod yang baik dalam membentuk dan membangunkan usahawan yang berjaya.

Objektif 
  • Menggalakkan pembangunan pertanian Malaysia yang kukuh, menyediakan pembiayaan, pendahuluan dan kemudahan kredit untuk pembangunan sektor pertanian dan perniagaan berkaitan pertanian, untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat pertanian dan untuk menjalankan perniagaan am suatu institusi perkhidmatan kewangan yang moden dan progresif untuk memenuhi jumlah keperluan kewangan pelanggan.


BERKENAAN PINJAMAN
  • Membuat pinjaman MAEF-i . Pembiayaan-i Mesin dan Peralatan (MAEF-i) menyediakan pilihan pembiayaan yang patuh syariah bagi pembelian mesin pertanian dan perkilangan, peralatan atau kenderaan utiliti yang digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk pertanian atau produk asas tani. 
  • Seterusnya, konsep syariah iaitu kemudahan yang ditawarkan kepada pelanggan dibawah kontrak Bai’Bithaman Ajil dan Murabahah. Bai’Bithaman Ajil iaitu merujuk kepada akad jual beli berasaskan pembayaran tertangguh pada harga tertentu manakala Murabahah merujuk kepada akad jual beli dengan pendedahan harga kos aset dan margin keuntungan kepada pembeli.
  • Kadar pinjaman ini serendah 4.7% dimana margin pembiayaan yang tinggi, tempoh bayaran yang lebih lama , kadar keuntungan yang kompetitif dan disesuaikan dengan keperluan pembiayaan pelanggan. 
  • Kumpulan sasaran bagi pinjaman ini iaitu untuk pengusaha-pengusaha penyewaan mesin dan peralatan, usahawan di dalam sektor perkilangan seperti pengeluaran,pemprosesan dan pemasaran untuk produk pertanian atau produk asas tani, pemilik tanah dan petani dan ladang. 
  • Kelebihannya iaitu pembiayaan termasuk mesin, peralatan atau kenderaan utiliti yang terlibat dalam sektor perkilangan seperti pengeluaran, pemprosesan atau pemasaran produk pertanian dan tidak hanya terhad kepada sektor pertanian. 
  • Selain itu, pembiayaan sehingga 80% daripada kos keseluruhan mesin terpakai berbanding 70% di pasaran semasa dan disesuaikan dengan keperluan pembiayaan pelanggan.

TRANSAKSI

  • Di samping itu juga, kami juga menggunakan Agro Cash Line-i  merupakan produk menggunakan transaksi Tawarruq iaitu satu bentuk transaksi dengan tujuan untuk mendapatkan wang tunai. 
  • Transaksi ini melibatkan pembelian secara tangguh sesuatu barangan pada harga kos ditambah margin keuntungan dan kemudian dijual secara tunai dengan harga kos kepada pihak ketiga. 
  • Pelanggan akan melantik pihak bank sebagai wakil untuk menjual komoditi berkenaan kepada pihak ketiga.
  • Objektifnya iaitu menyediakan dana tambahan untuk keperluan modal kerja atau suntikan modal atau pembiayaan projek/kontrak terutamanya dalam sektor pertanian. 
  • Sasaran pasaran iaitu syarikat yang menjalankan aktiviti berkaitan pertanian bagi keperluan modal pusingan atau suntikan modal atau pembiayaan projej/kontrak dan lain-lain. 
  • Antara ciri-cirinya iaitu tempoh kemudahan iaitu minimum enam bulan , maksimum sepuluh tahun dan tempoh kemudahan adalah tertakluk kepada semakan tahunan bagi setiap akaun. 
  • Cagaran iaitu keperluan berdasarkan kepada kelayakan kredit pemohon. Kelayakan terbuka kepada syarikat milik warga Malaysia ditubuhkan di Malaysia di bawah akta-akta yang berkaitan. 
  • Kelebihannya penggunaan fleksibel tertakluk kepada had sedia ada , tiada komitmen akan dikenakan atas amaun kemudahan yang tidak digunakan dan tiada jadual bayaran tetap iaitu pelanggan hanya perlu menjelaskan minimum amaun keuntungan bulanan yang dikenakan mengikut jumlah penggunaan dan jumlah prinsipal yang perlu dibayar sepenuhnya apabila tamat perjanjian atau penyelesaian lain yang dipersetujui oleh Bank.











  • Bagi syarikat kami iaitu syarikat secara besar-besaran kerana produk kami diimport dari luar. Di atas merupakan borang yang perlu diisi untuk syarikat yang besar.
  • Tujuan pihak bank memberi pinjaman setelah pemohon menjalani perniagaan / projek sekurang-kurangnya 12 bulan adalah bagi memastikan pinjaman wang tersebut digunakan untuk perniagaan / projek tersebut. 
  • Hal ini kerana, sebelum ini terdapat banyak penipuan dimana pemohon memohon pinjaman untuk kegunaan lain selain perniagaan / projek mereka. 
  • Oleh itu, bagi mencegah hal ini berterusan, pihak bank telah mengemukakan syarat tersebut.
  • Bagi memohon pinjaman, pemohon perlu membuka akaun simpanan di Agrobank sekurang-kurangnya RM 100.00 bagi individu, manakala bagi syarikat perlu membuka akaun simpanan sekurang-kurangnya RM 500.00. 
  • Tambahan pula, syarikat yang memohon pinjaman juga perlu menampilkan dokumen-dokumen lain mengenai maklumat syarikat seperti Borang 49, akaun syarikat haruslah sekurang-kurangnya RM 100,000.00 dimana cagaran kepada bank adalah sebanyak RM 50,000.00, kadar servis hutang adalah 25% ke bawah, perlu menyatakan pendapatan awal syarikat, dan syarikat perlulah ditubuhkan selama 1 tahun sebelum memohon pinjaman. 

AMAUN PEMBIAYAAAN
  • Minimum RM5, 000 sehingga RM50, 000

TEMPOH PEMBAYARAN BALIK

  • Maksimum 7 tahun
  • Cara permohonan adalah mudah, hanya dengan mengisi borang permohonan dan menyediakan beberapa dokumen penting seperti 
  1. salinan kad pengenalan
  2. bil utiliti (air/elektrik) 
  3. salinan permit perniagaan (jika diperlukan)
  4. penyata bank (6 bulan terakhir)
  5. slip gaji 3 bulan (bagi yang bekerja)
  6. rekod jualan (6 bulan) dan lain-lain yang diperlukan.

SYARAT KELAYAKAN 
    1.      Warganegara Malaysia
    2.      Berumur 21-60 tahun
    3.      Telah bermastautin selama lebih daripada 2 tahun
    4.      Perniagaan / projek telah beroperasi lebih 12 bulan sekurang-kurangnya
    5.      Mempunyai lesen yang sah
    6.      Perniagaan / projek mesti dimiliki atau diusahakan oleh pemohon


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan hakmilik tanah 
  • Kertas kerja
  • Jumlah pinjaman: RM5,000 – RM15,000 (tidak memerlukan penjamin)
  • Jumlah pinjaman RM15,001 – RM50,000 (memerlukan penjamin dengan pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM800 sebulan)
  • Cagaran boleh diterima oleh Agrobank

TERMA DAN SYARAT
  • Jaminan yang boleh diterima oleh Agrobank adalah deposit tetap, aset tetap (tanah / bangunan) dan lain-lain 
  • Terma-terma dan syarat-syarat pembiayaan akan mengikut jenis produk dan projek / perniagaan
  • Seterusnya , jika pemohon tidak mampu membayar semula akibat kerugian atau sebagainya, perstrukturan untuk pembayaran akan dibuat semula atau pemohon boleh meminta tempoh penangguhan. 
  • Hal ini kerana, Agrobank tidak menggalakkan pemohon untuk tidak membayar hutang. Oleh itu, perstrukturan dibuat semula agar pemohon mampu membayar. 
  • Selain itu, pihak bank juga akan meminta pemohon untuk membayar daripada sumber pendapatan yang lain jika pendapatan projek / perniagaan adalah negatif. 
  • Walaubagaimanapun, jika pemohon tersebut meninggal, proses pembayaran masih berterusan dimana waris pemohon atau penjamin akan mengambil alih. 
  • Jika hal ini berlaku, pihak bank menyediakan takaful dimana ianya bergantung kepada tempoh pembiayaan, umur pembiaya dan juga jumlah pembiayaan.
  • Pihak Agrobank juga menyediakan khidmat nasihat kepada pelanggan mereka yang bermasalah terutama dalam pengurusan wang pernigaan / projek. 
  • Hal ini kerana minoriti daripada pelanggan yang memohon pinjaman gagal untuk membayar semula akibat permasalahan dalam kewangan dan sebagainya. 
  • Oleh itu, bagi mengelakkan masalah ini berterusan, pihak bank mengambil inisiatif untuk membantu pelanggan mereka dengan memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan kewangan dan sebagainya. 
  • Selain itu, pihak bank juga terlibat dalam program-program tertentu untuk menarik minat orang ramai seperti pameran bagi mengalakkan mereka untuk berurusan dengan Agrobank. 
  • Antara sasaran Agrobank adalah petani-petani kecil atau usahawan yang baru menjalani perniagaan atau melibatkan diri dalam bidang pertanian dan sebagainya. 
  • Hak ini kerana, kebanyakkan golongan petani-petani kecil yang ingin mengkomersialkan hasil pertanian mereka tetapi tidak mempunyai modal yang mencukupi. 
  • Oleh itu, bagi membantu golongan-golongan tersebut, Agrobank telah menyediakan perkhidmatan pinjaman wang  supaya mereka mampu mengembangkan lagi perniagaan / projek mereka.

PEMOHON YANG GAGAL MENDAPATKAN BORANG
  • Permohonan yang mempunyai hutang yang banyak dengan bank yang lain dan untuk  penternakan. 
  • Hal ini kerana pihak Agrobank tidak mahu membebankan pemohon dengan hutang-hutang yang masih belum langsai jika pihak Agrobank memberi kepada pemohon tersebut kemungkinan besar pemohon itu tidak mampu untuk membayar pinjaman Agrobank. 
  • Bagi penternakan,  selain daripada tidak memenuhi syarat, permohonan yang dibuat tidak mempunyai tanah untuk penternakan. 
  • Kebanyakkan pemohon tidak dapat menampilkan geran tanah yang asli kerana tanah tersebut bukan milik mereka. 
  • Oleh itu, permohonan pinjaman untuk penternakan sering ditolak atas perkara tersebut.

Disediakan : Nur Imanina Zainuddin
Diupdate    : Nur Imanina Zainuddin

2 comments:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete
  2. PELUANG LAIN LAGI, ANDA ADALAH PERNIAGAAN / WANITA PERNIAGAAN, PEKERJA DALAM ORGANISASI, SELURUH DIPERLUKAN? Memerlukan pinjaman peribadi untuk perniagaan tanpa tekanan, Jika ya, hubungi kami hari ini, kami menawarkan pinjaman Tahun Baru dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, anda boleh memulakan tahun baru dengan senyuman di muka, keselamatan, kebahagiaan kami pelanggan adalah kekuatan kami. Jika anda berminat, isi borang permohonan pinjaman di bawah:
    Maklumat Peminjam:

    Nama penuh: _______________
    Negara: __________________
    Seks: ______________________
    Umur: ______________________
    Amaun Pinjaman Diperlukan: _______
    Tempoh pinjaman: ____________
    Tujuan pinjaman: _____________
    Nombor telefon bimbit: ________

    Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
    mickyfinancehome@gmail.com

    ReplyDelete