SESI TEMUBUAL BERSAMA PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN BINTULU

SESI TEMUBUAL BERSAMA PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN BINTULU

Penglibatan   : Imanina , Asikin , Kristal

Tarikh            : 15 Januari 2015

 Hari              : Khamis

 Masa             : 9.00 pagi



Biodata

Nama      : Cik Nur Ain binti Hussen
Jawatan   : Pembantu Tadbir Pejabat Residen

Alamat
Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Tingkat 1, Wisma Residen,
Jalan Pisang Keling, Off Jalan Tun Razak, 97000 Bintulu.
No. Telefon : 086-331896

Laman web : http://www.bintuluro.sarawak.gov.my/





Pengenalan

  • Pejabat Residen Bintulu telah ditubuhkan selaras dengan penaiktarafan Daerah Bintulu menjadi Bahagian Bintulu pada 1 Januari 1987
  • Sebelum menjadi bahagian, Daerah Bintulu merupakan daerah yang ditadbir urus oleh Pejabat Daerah Bintulu di bawah Pentadbiran Bahagian Miri. 
  • Satu majlis menandatangani dokumen rasmi diantara Residen pertama Bahagian Bintulu, Encik Empeni Lang dan Residen Bahagian Miri, Encik Darrel Tsen yang disaksikan juga pegawai Daerah Bintulu, Encik Michael Siam Kiam Hui telah dilakukan pada tahun 1987 bagi menyerahkan bidangkuasa tadbir urus bahagian Bintulu kepada Pejabat Residen Bintulu yang selaras dengan kenaikan taraf daerah Bintulu kepada Bahagian.

Ringkasan

  • Semua syarikat yang ditubuhkan hendaklah didaftarkan agar perniagaan yang dijalankan mendapat kelulusan daripada Pejabat Residen Bahagian Bintulu
  • cara pendaftaran syarikat adalah berbeza mengikut kawasan seperti di semenanjung, Suruhanjaya Syarikat Malaysia boleh mendaftarkan untuk syarikat Sdn.Bhd dan Enterprise. Seperti di Sarawak, SSM hanya mendaftarkan syarikat Sdn.Bhd sahaja. 
  • Pejabat Daerah pula, mendaftarkan syarikat Enterprise dan Sdn.Bhd. Seperti syarikat kami iaitu Greenish Feeding Enterprise, kami perlu mendaftar syarikat di Pejabat Daerah

Prosedur yang perlu dipatuhi untuk mendaftarkan syarikat ialah :
  • Sediakan salinan kad pengenalan, perjanjian sewaan, sale and purchase, dan juga cop syarikat. 
  • Di dalam cop syarikat itu,hendaklah disertakan dengan nama syarikat dan juga alamat komersial
  • Di Sarawak, sesebuah syarikat itu tidak boleh menggunakan alamat rumah untuk didaftarkan pada pejabat daerah. Untuk pemilihan nama syarikat, ia tidak boleh menggunakan nama Sdn.Bhd dan juga Kenyalang serta nama syarikat tidak boleh sama dengan syarikat lain. Sebelum mendaftar, pihak pejabat daerah akan menyemak dahulu nam yang digunakan itu sama atau tidak dengan syarikat lain. 
  • Jika tiada, syarikat tersebut boleh menggunakan nama tersebut dan jika nama tersebut sama dengan syarikat lain, syarikat tersebut haruslah menukar nama lain. 
  • Bagi remaja yang ingin membuka syarikat, ia haruslah berumur 18 tahun keatas dan sudah mempunyai akaun dewasa. 
  • Nama bagi satu orang boleh digunakan sebanyak 10 kali. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM77.
  • Untuk permohonan lesen, Pejabat Perbendaharaan yang mengeluarkan lesen tetapi di Bintulu, pejabat daerah yang mengeluarkan lesen difahamkan, satu lesen hanya untuk satu tempat sahaja
  • Tempoh lesen hanya 1 tahun sahaja dan selepas 1 tahun, syarikat haruslah memperbaharui lesen tersebut 
  • Jika gagal berbuat demikian, denda akan dikenakan dan masa untuk menunggu kelulusan adalah selama 14 hari
  • Difahamkan juga, pejabat daerah tidak berhak untuk mendakwa atau mendenda syarikat yang tiada lesen
  • Hanya BDA sahaja yang berhak mendenda mana-mana syarikat yang tiada lesen
  • Sekiranya premis perniagaan dirompak, pemilik syarikat harus membuat laporan polis serta membeli setem biasa yang berharga RM5 kemudian memaklumkan kepada pejabat daerah. 
  • Syarikat harus memberitahu setiap aktiviti syarikat kepada pejabat daerah dari semasa ke semasa. Antara borang yang terlibat iaitu :











Disediakan  : Nurul Asikin Omar Kasan
Diupdate     : Nurul Asikin Omar Kasan

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete