SESI TEMURAMAH JABATAN PERTANIAN

SESI TEMURAMAH JABATAN PERTANIAN

Nama          : Henry Tinggang William Jau Saging
Tempat        : Jabatan Pertanian Bintulu Sarawak
Tarikh          : 22 Januari 2015
Penglibatan : Khairull Aziem , Nell , Logan


PENGENALAN

  • Pihak Jabatan Pertanian menyediakan khidamat nasihat dan tunjuk ajar kepada peniaga atau pengusaha yang baru memulakan perniagaan. 
  • Selain dari khidmat nasihat, pihak Jabatan Pertanian juga memberikan bantuan untuk memulakan perniagaan seperti mesin-mesin, alatan pertanian, anak benih pokok dan lain lain . tetapi pihak Jabatan Pertanian hanya memberi peralatan tersebut mengikut peruntukan yang di sediakan oleh pihak kerajaan sahaja . 
  • Setelah segala bantuan telah di berikan, pihak Jabatan Pertanian akan memantau peniaga peniaga atau petani dari semasa ke semasa. kebiasaannya, dalam sebulan pihak Jabatan Pertaniaan akan melakukan lawatan ke ladang ladang yang telah diberikan bantuan sebanyak dua kali. Ia bergantung kepada masa yang pihak Jabatan Pertanian ada .

PERUNTUKAN PEMOHON 
  • Ceramah ataupun bengkel yang Jabatan Pertanian disediakan juga adalah percuma untuk rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.
  • Malahan elaun kursus juga disediakan untuk peniaga dan petani yang mendaftarkan diri di bengkel tersebut. 
  • Segala kemudahan juga disediakan dengan percuma. untuk peniaga atau petani yang memohon untuk mendapatkan peruntukan  kali kedua dari pihak Jabatan Pertanian, mereka hanya diberikan bantuan setelah permohonan pemohon yang baru pertama kali memohon selesai dahulu. 
  • Namun mereka juga dikenakan syarat iaitu semua peniaga yang sudah berjaya dan ingin mengembangkan syarikat atau ladang mereka sahaja akan diberikan bantuan untuk kali ke dua.
  • Bagi yang pernah mohon peruntukan kali pertama tetapi gagal atau dalam erti kata lain bankrup , permhonan untuk kali kedua hanya akan di beri setelah pihak bahagian pemantauan ladang dan syarikat jabatan pertanian memantau ladang atau syarikat mereka.
  • Ia juga bergantung kepada pihak atasan jabatan pertanian samada meluluskan dengan bersyarat ataupun menolak permohonan tersebut.
  • Ia bagi mengelakkan penipuan peruntukan yang diberikan atau penyelewengan.  
  • Pihak jabatan pertanian juga melindungi petani petani dan peniaga dari gagal dalam perniagaan mereka. 
  • Namun mereka perlu ikhtiar dengan sendiri untuk menggunakan peruntukan yang diberikan secara berhemah. 
  • Bagi petani yang tidak pandai menguruskan ladang mereka, pihak jabatan pertanian akan menyediakan kursus khas untuk mereka berserta pemantauan yang lebih kerap bagi memastikan ladang mereka terus berfungsi dan menjalankan operasi.

PERUNTUKAN KURSUS
  • Antara kursus yang sediakan adalah seperti kursus pengurusan ladang, penanaman cara fertigasi, hidroponik dan lain lain, khidmat nasihat,  pemilihan ladang berkualiti dan lain lain. 
  • Bagi peniaga yang baru memulakan perniagaan ingin memohon peruntukan, pihak jabatan pertaniaan mengalu-alukan kedatangan mereka. 
  • Mereka boleh terus berhubung dengan jabatan pertanian ataupun datang secara terus ke jabatan pertanian.







Disediakan : Khairull Aziem 
Diupdate    : Nur Imanina 

No comments:

Post a Comment